Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki didakwa, tembak paderi atas sebab 'cemburu' di Perancis

Lelaki yang menembak paderi Ortodoks Yunani di bandar Lyon, Perancis, bulan lalu didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa, tembak paderi atas sebab 'cemburu' di Perancis
Diterbitkan : 09 Nov 2020 10:40PM Dikemas Kini : 09 Nov 2020 10:42PM

LYON: Lelaki yang menembak paderi Ortodoks Yunani di bandar Lyon, Perancis, bulan lalu didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh selepas mengaku bertindak kerana cemburu setelah mengetahui isterinya menjalin hubungan sulit dengan paderi itu, kata pihak pendakwa Perancis.

Lelaki warga Georgia, 40 tahun, itu ditangkap pada Jumaat (6 Nov) bersama dengan isterinya, seorang warga Rusia, yang 10 tahun lebih muda daripadanya dan didakwa di mahkamah lewat semalam.

Isterinya dibebaskan tanpa sebarang tuduhan pada hujung minggu, menurut pendakwa Lyon, Nicolas Jacquet.

Insiden tembakan itu pada awalnya mencetuskanketakutan dalam kalangan penduduk, ia satu tindakan ganas di Perancis terhadap golongan Kristian selepas beberapa serangan maut yang berlaku pada minggu-minggu sebelumnya.

Namun, siasatan menunjukkanmotif penyerang di Lyon agak berlainan.

Pihak pendakwa berkata suspek rupa-rupanya "suami wanita yang mempunyai hubungan sulit dengan mangsa".

Lelaki itu mengaku menembak paderi berkenaan dan memberitahu polis bahawa dia mahu membalas dendam.

Dia bagaimanapun mendakwa hanya mahu mencederakan mangsa dan tidak berniat membunuhnya, tambah pihak pendakwa.

Paderi berusia 52 tahun, itu Nikolaos Kakavelakis, mempunyai isteri, warga Greece, dan berkhidmat di gereja itu selama sedekad lalu.

Serangan terhadap paderi itu, yang berlaku dua hari selepas kejadian tikaman di sebuah gereja di Nice, pada awalnya dikhuatiri mungkin satu lagi serangan pengganas.

Namun, para penyiasat dengan pantas memutuskan mereka tidak berdepan dengan sebarang motif ideologi tetapi kes jenayah.

Sumber : AFP/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan