Skip to main content

Dunia

Lelaki didakwa, seludup ular dalam seluar semasa naik bas di New York

Anggaran Waktu Membaca:
ALBANY: Seorang lelaki dari New York City didakwa menyeludup tiga ular sawa spesis Burma dalam seluarnya ketika melintasi sempadan antara Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Calvin Bautista, 36 tahun, dituduh menyembunyikan ular ketika dalam perjalanan bas yang melintasi utara New York pada 15 Julai 2018, lapor AP.

Hal berkaitan import ular sawa Burma dikawal ketat dalam perjanjian antarabangsa dan tersenarai dalam peraturan negara sebagai haiwan yang "membahayakan manusia".

Menurut maklumat daripada pejabat Guaman AS, Carla B. Freedman, lelaki berusia 36 tahun itu akan dihadapkan ke Mahkamah Bandar Albany atas tuduhan menyeludup, namun dilepas tanpa bebas sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Sementara itu, arahan untuk mendapatkan maklum balas dari peguam Bautista telah dikeluarkan.

Jika disabitkan kesalahan, pendakwa raya memaklumkan jika disabitkan kesalahan, Bautista berdepan dengan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda setinggi AS$250,000 (S$357,191).

Ular sawa Burma merupakan salah satu spesis ular terbesar di dunia serta dianggap sebagai spesis haiwan terancam di Asia dan Florida.
Sumber : AP/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita