Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki didakwa gagal lindungi bayi yang maut selepas wanita sebabkan tempurung kepala retak

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa di mahkamah pada Isnin (6 Feb) atas tuduhan gagal melindungi seorang bayi daripada seorang wanita yang tinggal bersamanya.

Perintah mahkamah untuk melindungi identiti lelaki itu dan bayi, Zabelle Peh Yu Xuan, ditarik balik oleh mahkamah hari ini selepas bayi itu meninggal dunia.

Bayi berusia dua bulan itu meninggal dunia akibat kecederaan di kepala setelah didakwa dijatuhkan ke dalam tempat tidurnya oleh wanita berkenaan, Sim Liang Xiu.

Peh Wei Jian, 29 tahun, sebelum ini dikenakan satu tuduhan kerana menampar Zabelle di Blok 363C Sembawang Crescent sekitar pukul 1.30 pagi pada 5 Januari lalu.

Tuduhan kedua bagi membenarkan kematian seorang kanak-kanak dikenakan terhadapnya pada Isnin. Ia menyatakan bahawa Peh tinggal serumah dengan tertuduh bersama, Sim Liang Xiu, yang didakwa minggu lalu kerana membunuh Zabelle.

Peh akan dihadapkan semula ke mahkamah minggu depan.

Hubungan antara bayi berkenaan dengan dua tertuduh itu tidak disebut di mahkamah.

Hukuman bagi membenarkan kematian seorang kanak-kanak yang tinggal serumah adalah penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan rotan.
Sumber : CNA/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan