Skip to main content

Dunia

Lelaki didakwa di mahkamah atas tuduhan bunuh seorang kanak-kanak

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret hari ini (20 Mac) atas tuduhan membunuh Nur Aisyah Aleya Abdullah, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa di mahkamah atas tuduhan bunuh seorang kanak-kanak

Tukul kayu mahkamah. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 20 Mar 2019 04:13PM Dikemas Kini : 20 Mar 2019 04:17PM

LANGKAWI: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret hari ini (20 Mac) atas tuduhan membunuh Nur Aisyah Aleya Abdullah, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

Ramlan Abdul Rashid, 37 tahun, didakwa menyebabkan kematian kanak-kanak itu di Blok G-3-4 Kuarters Hospital Langkawi di antara jam 9.00 dan 10.00 pagi, pada 23 Februari.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang diserahkan ibunya untuk dijaga oleh sepasang suami isteri, dilaporkan hilang pada bulan Februari lepas.

Polis kemudian menahan sepasang suami isteri dan siasatan yang dijalankan membawa kepada penemuan tengkorak serta cebisan rambut kanak-kanak itu di dalam sebuah gaung di Gunung Raya.

Majistret Mohd Ridzwan Salleh menetapkan 22 Mei ini untuk sebutan kes sementara menunggu laporan forensik dan bedah siasat.

Tertuduh tidak diwakili peguam. Jika disabit kesalahan, Ramlan menghadapi hukuman gantung.

Sumber : Bernama/IL/il
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita