Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki didakwa bunuh, bakar kekasih hamil

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa bunuh, bakar kekasih hamil

Gambar: Bernama/Mohd Asri Saifuddin Mamat

Diterbitkan : 01 Jun 2023 05:17PM Dikemas Kini : 01 Jun 2023 05:18PM
SUNGAI BESAR: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Khamis (1 Jun) atas pertuduhan membunuh kekasihnya.

Tertuduh yang berusia 20 tahun mengangguk faham ketika pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor agensi berita Sinar Harian.

Timbalan Pendakwa Raya yang juga Pengarah pendakwaan negeri, Ku Hayati Ku Haron memohon tempoh bagi penyediaan laporan berkaitan.

Tertuduh diwakili peguam, Khairul Anuar Kashim dan Muhammad Nor Tamrin yang memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dengan segera.

Bagaimanapun, majistret menetapkan sebutan semula kes itu pada 3 Ogos bagi menunggu laporan pendakwaan dan pengurusan kes, seperti dipetik daripada Sinar Harian.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang didakwa menyebabkan kematian terhadap seorang wanita di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar pada kira-kira jam 8.30 malam 22 Mei sehingga jam 8.00 pagi 23 Mei.
Tertuduh didapati melakukan kesalahan membunuh terhadap seorang wanita dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati.

Sebelum itu, tertuduh yang berbaju T kuning dan berpelitup muka dengan dikawal ketat polis tiba di mahkamah itu pada jam 8.55 pagi.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki bertindak membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di sebuah kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar pada 22 Mei lalu.

Menurut Sinar Harian, mangsa yang berusia 21 tahun sebelum ini dilaporkan dibunuh pada 22 Mei lalu, dipercayai kerana teman lelakinya yang mahu merahsiakan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit bersama mangsa.

Jenazah mangsa kemudian ditemui keesokan harinya selepas polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 8.15 pagi.

Polis menahan suspek berusia 20 tahun pada hari yang sama di sekitar Sungai Besar, Sabak Bernam.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan