Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki didakwa atas percubaan membunuh di stesen kereta api Paris

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa atas percubaan membunuh di stesen kereta api Paris

Para pegawai polis meronda stesen kereta api Gare du Nord pada 11 Jan 2023 di Paris. (Gambar: Michel Euler/AP)

PARIS: Pejabat pendakwa Paris membuka siasatan kehakiman pada Ahad (15 Jan) ke atas "percubaan membunuh" selepas tujuh orang dicederakan dengan sabit di sebuah stesen kereta api yang sesak minggu lalu.

Pendakwa Paris, Laure Beccuau, berkata dalam satu kenyataan bahawa pejabatnya meminta agar lelaki yang disyaki adalah suspek dalam serangan itu untuk ditahan sementara menanti siasatan lanjut.

Dia ditembak oleh polis dan mengalami kecederaan semasa serangan dilancarkan di stesen kereta api Gare du Nord pada Rabu (11 Jan), menurut pihak berkuasa.

Meskipun enam mangsa, termasuk seorang pegawai polis, berjaya dikesan dengan serta-merta, mangsa ketujuh yang cedera, iaitu seorang lelaki yang meninggalkan tempat kejadian, sudahpun ditemui. Demikian menurut kenyataan pihak pendakwa.

Cik Beccuau berkata identiti suspek masih belum diketahui secara rasmi.

Para penyiasat berkata suspek menampilkan dirinya sebagi seorang warga Algeria berusia 31 tahun dan dikenali oleh pihak berkuasa Perancis melalui beberapa identiti kerana melakukan jenayah pecah rumah, mencuri dan mengadakan pemberontakan pada tahun 2019 serta 2021, menurut kenyataan pada Ahad.

Dia diarahkan supaya meninggalkan Perancis pada 2020 dan September tahun lalu, menurut perincian kenyataan itu selanjutnya.

Siasatan awal mendapati suspek menerpa ke arah seorang lelaki di hadapan stesen kereta api berkenaan, menikamnya sekitar 20 kali tanpa alasan yang jelas.

Penyerang itu kemudian memasuki stesen kereta api tersebut dan menyerang orang awam lain serta seorang pegawai polis.

Jeritan orang ramai menarik perhatian dua pegawai polis lain yang kemudian bertindak balas terhadap insiden itu.

Cik Beccuau berkata siasatan kehakiman bermatlamat untuk menjelaskan tindakan sebenar suspek serta motif di sebalik serangan dan personalitinya.
Sumber : AP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan