Lelaki didakwa atas 15 tuduhan bagi kes culik kanak-kanak perempuan di Iskandar Puteri
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah pada Khamis (8 Ogos) atas 15 pertuduhan berkaitan kes penculikan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui.
Leang Win Son, 31 tahun, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Mandarin.
Di dua Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, lelaki itu menghadapi lapan pertuduhan membabitkan penculikan, membuat kurungan salah dan serangan seksual bukan fizikal ke atas kanak-kanak itu, selain mengumpul dan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap mangsa.
Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rasidah Roslee, lelaki itu didakwa menculik Leo di Eco Galleria, Taman Botani, Iskandar Puteri di Johor Bahru pada 8.30 malam, 20 Julai lalu mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Lelaki itu turut didakwa membuat pengurungan salah ke atas kanak-kanak itu di dalam bilik sebuah hotel di Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor pada 4.45 pagi pada 23 Julai, mengikut Seksyen 346 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan
Di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman, Leang didakwa atas enam pertuduhan.
Empat daripadanya kerana mengumpul 5,317 gambar dan video yang menunjukkan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di dalam dua kad SD, cakera keras dan telefon bimbit di sebuah rumah di Taman Sri Kulai, Kulai, pada jam 4.00 petang pada 24 Julai lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 8(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebat rotan tidak kurang tiga kali, jika sabit kesalahan.
Bagi dua lagi pertuduhan, lelaki terbabit didakwa memiliki pornografi kanak-kanak iaitu 30 keping gambar penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak dalam sebuah telefon bimbit di sebuah bilik hotel di Batang Kali, Hulu Selangor sekitar jam 4.45 pagi pada 23 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM10,000 (S$2,940) atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Leang turut didakwa melakukan serangan seksual bukan fizikal di bilik hotel yang sama antara jam 2.30 tengah hari 22 Julai hingga 4.45 pagi 23 Julai.
Dia didakwa mengikut Seksyen 15(a)(ii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 (S$5,921) atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Abdul Ghafar Ab Latif memberitahu mahkamah bahawa semua perbuatan di bawah seksyen yang dihadapi tertuduh tidak boleh dijamin namun jika mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, beliau mencadangkan jumlah keseluruhan RM160,000 (S$47,368) bagi semua lapan pertuduhan.
Peguam Nur Zafirah Norizan yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan minimum atas faktor anak guamnya tidak bekerja dan ditanggung sepenuhnya oleh ibunya berusia 58 tahun, yang merupakan seorang ibu tunggal serta tidak mempunyai pekerjaan dan gaji tetap.
Dua mahkamah itu kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah keseluruhan RM50,000 (S$14,802) serta syarat-syarat tambahan.
Tertuduh tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan, harus melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali serta menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 12 September nanti bagi serahan dokumen.
Sementara itu di Mahkamah Majistret Kulai, Leang mengaku tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan memiliki bahan lucah di rumahnya di Taman Seri Kulai pada jam 4.00 petang pada 24 Julai lalu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 (S$2,960) dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 September untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Fadilah Johanuddin manakala tertuduh diwakili peguam Nor Zafirah dan Ungku Ahmad Hafis Ungku Fathil.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.