Lelaki didakwa atas 10 tuduhan cubaan bunuh susuli serangan tikaman dalam kereta api Britain
Polis Britain menyatakan pada Isnin (3 Nov) bahawa seorang lelaki warga Britain berusia 32 tahun didakwa atas 10 tuduhan percubaan membunuh berhubung serangan tikaman di sebuah kereta api pada Sabtu (1 Nov), iaitu satu kejadian di mana para pegawai katakan tidak mempunyai kaitan dengan pengganasan.
Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Polis Britain menyatakan pada Isnin (3 Nov) bahawa seorang lelaki warga Britain berusia 32 tahun didakwa atas 10 tuduhan percubaan membunuh berhubung serangan tikaman di sebuah kereta api pada Sabtu (1 Nov), iaitu satu kejadian di mana para pegawai katakan tidak mempunyai kaitan dengan pengganasan.
11 orang cedera dalam serangan tikaman beramai-ramai dalam kereta api, termasuk seorang kakitangan kereta api yang masih dirawat dalam keadaan kritikal di hospital.
Individu itu cedera ketika beliau cuba menahan tertuduh daripada menikam orang lain.
Serangan itu yang berlaku dalam kereta api yang menghala ke London, yang kemudian berhenti di Huntingdon, kira-kira 130 kilometer utara London, mengejutkan seluruh negara dan mendorong Perdana Menteri Keir Starmer mengeluarkan kenyataan dan Raja Charles, menyampaikan rasa simpati kepada mereka yang terjejas.
Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota Britain berkata Anthony Williams, 32 tahun, didakwa atas 11 tuduhan percubaan membunuh, satu tuduhan menyebabkan kecederaan seebnar dan dua tuduhan memiliki senjata tajam.
10 tuduhan cubaan membunuh itu berkaitan dengan serangan di kereta api berkenaan, kata Polis Pengangkutan Britain, manakala tuduhan ke-11 berkaitan dengan kejadian di sebuah stesen di timur London pada hari yang sama.
Williams, yang berasal dari Peterborough di timur England, dijadual dihadapkan ke Mahkamah Majistret Peterborough pada Isnin.
Menurut polis, tuduhan-tuduhan itu difailkan selepas semakan rakaman CCTV dari kereta api tersebut dan bukti lain dilakukan.
Menteri Pengangkutan Heidi Alexander mengesahkan pada Isnin bahawa suspek tidak dikenali pihak keselamatan.
Namun, beliau enggan mengulas sama ada lelaki itu pernah dikenal pasti oleh khidmat kesihatan mental.
Lima mangsa yang cedera sudah dibenarkan pulang dari hospital pada lewat Ahad.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.