Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki didakwa 64 tuduhan sumbang mahram dan rogol

Seorang peniaga air tebu didakwa di Mahkamah Sesyen Klang di sini dengan 64 pertuduhan melibatkan sumbang mahram dengan anak sendiri dan merogol rakan kepada anak perempuannya, yang masing-masing kini berusia 14 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa 64 tuduhan sumbang mahram dan rogol

(Gambar hiasan: AFP/Getty Images/Joe Raedle)

Diterbitkan : 24 Feb 2021 04:12PM Dikemas Kini : 24 Feb 2021 04:18PM

KLANG: Seorang peniaga air tebu didakwa di Mahkamah Sesyen Klang di sini dengan 64 pertuduhan melibatkan sumbang mahram dengan anak sendiri dan merogol rakan kepada anak perempuannya, yang masing-masing kini berusia 14 tahun.

Tertuduh yang berusia 42 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas jurubahasa mengambil masa dua jam untuk membacakan kesemua pertuduhan berkenaan, di hadapan Hakim M. Kunasundary.

Bagi 55 pertuduhan membabitkan sumbang mahram, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan melakukan persetubuhan dengan anak kandungnya, yang mana oleh kerana perhubungan dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai terhadap tertuduh, untuk berkahwin dengannya.

Oleh itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah beralamat di Klang antara April 2019 hingga Januari 2021.

Bagi sembilan pertuduhan seterusnya, tertuduh didakwa telah merogol rakan anaknya pada tarikh antara Ogos 2020 hingga Januari 2021 di lokasi yang sama.

Bagi sembilan pertuduhan berkenaan beliau didakwa di bawah Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala tertuduh diwakili Khairul Naim Rafidi.

Terdahulu, Cik Nurul Qistini memohon agar mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh, memandangkan tuduhan yang dikenakan adalah serius kerana melibatkan anak perempuan tertuduh dan rakannya yang masih di bawah umur.

Hakim Kunasundary kemudian memerintahkan agar tertuduh tidak dibenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 24 Mac sebagai tarikh sebutan.

Semalam (23 Feb) Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli dalam kenyataanya berkata, seorang lelaki ditahan pada 10 Feb lepas kerana merogol anak perempuan dan rakan kepada anak perempuannya pada bulan lepas.

Menurut ACP Shamsul Amar, berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh anak perempuannya, tertuduh telah melakukan perbuatan terkutuk berkenaan sejak dia berusia 10 tahun.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan