Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki diberkas kerana campak duit syiling pada enjin pesawat

Seorang lelaki di timur China yang mencampak duit syiling ke sebuah pesawat agar perbuatan itu akan membawa tuah akan berdepan dengan tuduhan jenayah setelah penerbangan dari Anqing ke Kunming dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas kerana campak duit syiling pada enjin pesawat

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 03 Apr 2019 10:26PM Dikemas Kini : 03 Apr 2019 10:29PM

CHINA: Seorang lelaki di timur China yang mencampak duit syiling ke sebuah pesawat agar perbuatan itu akan membawa tuah akan berdepan dengan tuduhan jenayah setelah penerbangan dari Anqing ke Kunming dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan. Ini mengakibatkan syarikat penerbangan itu mengalami kerugian hampir AS$21,000 (S$28,000).

Penerbangan pesawat 8L9960 Lucky Air dibatalkan di Lapangan Terbang Anqing Tianzhushan di wilayah Anhui pada Ahad setelah pihak berkuasa menemui dua syiling 1 yuan berdekatan dengan enjin kiri pesawat itu, menurut akaun WeChat syarikat penerbangan itu.

Seorang lelaki berusia 28 tahun, yang dikenal pasti sebagai Lu, mengaku mencampak duit syiling kerana dia berharap pesawat itu akan dapat melakukan penerbangan dengan selamat .

Dia ditahan oleh kakitangan lapangan terbang, menurut media tempatan Xinan Evening News.

Menurut syarikat penerbangan itu pada Jumaat, "insiden tersebut mengakibatkan kerugian bernilai hampir 140,000 yuan (S$28,000), dan syarikat tersebut juga akan mengambil tindakan terhadap penumpang itu mengikut undang-undang".

Jika duit syiling itu termasuk ke dalam enjin pesawat tersebut, ia boleh mengakibatkan kerosakan teruk pada bahagian turbin, sekaligus akan menyebabkan kerosakan enjin yang boleh menimbulkan bahaya terhadap pesawat itu, menurut para jurutera dalam laporan mereka.

Kesemua 162 penumpang terpaksa menunggu sehingga keesokan harinya untuk terbang ke destinasi masing-masing di barat daya wilayah Yunan.

Lucky Air adalah sebahagian daripada kumpulan syarikat penerbangan Hainan Airlines.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan