Skip to main content

Dunia

Lelaki diberkas buat aduan palsu dirompak lebih S$40,000

Seorang lelaki ditahan kerana membuat aduan palsu mendakwa disamun selepas membawa keluar wang sebanyak RM121,000 (S$40,630) dari sebuah bank di I-Avenue, Bayan Baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas buat aduan palsu dirompak lebih S$40,000

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 24 Jul 2018 10:24AM Dikemas Kini : 24 Jul 2018 10:25AM

GEORGE TOWN: Seorang lelaki ditahan kerana membuat aduan palsu mendakwa disamun selepas membawa keluar wang sebanyak RM121,000 (S$40,630) dari sebuah bank di I-Avenue, Bayan Baru.

Siasatan polis bagaimanapun mendapati wang itu disembunyikan lelaki berusia 35 tahun tersebut di sebuah bilik hotel di Bukit Jambul.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata dalam dalam aduannya, lelaki itu mendakwa disamun dua lelaki menunggang sebuah motosikal ketika berjalan ke keretanya selepas keluar dari bank pada sekitar 1.00 tengah hari, Khamis lalu (19 Jul).

"Lelaki itu mendakwa dua lelaki bermotosikal menarik begnya yang mengandungi wang sejumlah RM121,000 (S$40,630) milik rakannya yang baru dikeluarkan daripada bank dan mendakwa terdapat juga satu buku cek di dalam beg itu. Mereka dikatakan menjalankan perniagaan dalam talian,” kata Supt A.A Anbalagan.

Beliau berkata hasil siasatan yang dijalankan mendapati lelaki itu memberikan keterangan yang meragukan dan soal siasat mendapati dia menyembunyikan wang tunai berkenaan di bilik sebuah hotel di Bukit Jambul.

Lelaki yang mempunyai rekod jenayah itu diberkas dan akan direman sehingga 26 Julai bagi membantu siasatan.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita