Skip to main content

Dunia

Lelaki di Thailand lepaskan tembakan, bawa lari isteri dan anak yang dikuarantin

Seorang lelaki yang dihalang melawat isteri dan anak lelakinya berusia 9 tahun di sebuah hotel kuarantin alternatif (ASQ) di Ao Nang di Krabi, Thailand melepaskan tembakan dan meluru ke bilik mereka sebelum ketiga-tiganya melarikan diri. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki di Thailand lepaskan tembakan, bawa lari isteri dan anak yang dikuarantin

(Gambar hiasan: Bill Oxford/Unsplash)

Diterbitkan : 30 Jun 2021 09:21PM Dikemas Kini : 30 Jun 2021 09:23PM

BANGKOK: Seorang lelaki yang dihalang melawat isteri dan anak lelakinya berusia 9 tahun di sebuah hotel kuarantin alternatif (ASQ) di Ao Nang di Krabi, Thailand melepaskan tembakan dan meluru ke bilik mereka sebelum ketiga-tiganya melarikan diri. 

Menurut laporan The Nation, kejadian itu berlaku pada 7 pagi Selasa (waktu tempatan) di hotel, yang digunakan sebagai ASQ untuk individu yang berisiko dijangkiti COVID-19.

Lelaki itu dikatakan membawa buah tangan, durian untuk isteri dan anaknya, tetapi dihalang oleh seorang pengawal keselamatan kerana semua pelawat dan durian tidak dibenarkan di premis hotel.

Dia yang berang, meninggalkan lobi hotel dan kembali kira-kira 15 minit kemudian dan cuba memasuki lif tetapi dihalang seorang pekerja hotel. Lelaki itu terus mengacukan pistol dan melepaskan tembakan ke arah tingkap. 

Bagaimanapun, polis berjaya mengesan lelaki itu di sebuah ladang ternakan ayam dan dia ditangkap pada petang Selasa.

Suspek dikatakan turut menembak seorang pekerja di ladang tersebut sebelum ditahan. Pekerja itu dikejarkan ke hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Polis turut merampas sepucuk revolver .38 dengan lima butir peluru dan pistol 11mm yang mengandungi enam peluru, lapor The Nation.

Sumber : Bernama/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita