Lelaki di M'sia dicemuh 'bela anak kucing' untuk dijadikan makanan ular peliharaannya
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: syazuanism/Twitter; Unsplash)
IPOH: Seorang lelaki di Malaysia mendapati dirinya dicemuh warganet selepas dia mendedahkan di Twitter bahawa dia mengambil anak kucing untuk diberi makan kepada seekor ular peliharannya.
Lelaki tersebut, dengan nama akaun "syazuanism” di Twitter, mendedahkan secara tidak sengaja kenyataannya itu dalam satu catatan Twitter yang dimuat naik seorang penggemar ular.
“Syazuanism” kemudian membalas catatan yang dimuat naik pengguna dengan nama akaun “nolongerskek” itu, sambil mengatakan bahawa dia dan rakannya selalu memilih untuk mengambil anak kucing atau arnab yang terbiar untuk dijadikan makanan untuk ular peliharaan mereka.
Seorang pengguna Twitter yang ternampak respons daripada “syazuanism” kemudian mengongsi tangkapan skrin catatan tersebut bagi memberi amaran kepada warganet lain berhubung muslihatnya.
Dalam satu ciapan yang dimuat naik pada Selasa (7 Feb), pengguna “vvnloll” mendakwa seorang lelaki yang berusia lewat 20-an memberi makan ular peliharaannya dengan anak kucing yang dia kononnya mengambil untuk dibela. Dia juga menyertakan tangkapan skrin catatan dari 6 Jun tahun lalu, yang mendedahkan bagaimana pengguna “syazuanism” menipu orang lain untuk memberinya anak kucing.
Pengguna Twitter rata-rata terkejut dengan dakwaan tindakan lelaki tersebut dan mengkritiknya atas tindakan kejam terhadap anak kucing.
LELAKI DAKWA IA HANYA SATU GURAUAN
Menyusuli tindak balas tersebut, “syazuanism” didapati menukar akaun Twitternya. Akaun Instagram serta LinkedIn yang terdedah kepada pengguna online, juga sudah dipadamkan.
Sebuah salinan laporan polis didakwa dibuat olehnya juga tersebar online.
Dalam laporan tersebut, dia mendakwa bahawa responsnya terhadap catatan oleh pengguna “nolongerskek”, yang menyatakan bagaimana dia memberi makan ular itu dengan anak kucing dan arnab yang diambil untuk dibela, adalah gurauan semata-mata.
Dia kemudian membuat laporan polis untuk memberi keterangan bahawa dakwaan tersebut adalah palsu, sejurus selepas dia mendapati profil LinkedIn dan Instagramnya sudah tular Rabu lalu. Dia malah, turut menekankan bahawa dia tidak pernah membela seekor ular peliharaan.
Pengguna online bagaimanapun meragukan kebenaran dokumen tersebut.
Seorang warganet menarik perhatian bahawa episod yang dinyatakan dalam laporan tersebut berlaku di Melaka, tetapi dokumen tersebut disahkan oleh seorang pegawai di balai yang terletak di Batu Gajah, Perak, kira-kira 350 kilometer daripada Melaka.

Sumber : Today/SS/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.