Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki di India ditangkap seludup hampir 1kg pes emas dalam dubur

Seorang lelaki menyumbat hampir satu kilogram pes emas ke dalam duburnya untuk menyeludup logam berharga itu di kastam India. Namun, percubaannya itu gagal dan dia diberkas, menurut para pegawai pada Rabu (29 Sep). 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki di India ditangkap seludup hampir 1kg pes emas dalam dubur

Nilai pes emas yang diseludup itu dianggarkan sekitar 4.2 juta rupee (S$77,000). (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Sep 2021 09:36PM Dikemas Kini : 29 Sep 2021 09:37PM

NEW DELHI: Seorang lelaki menyumbat hampir satu kilogram pes emas ke dalam duburnya untuk menyeludup logam berharga itu di kastam India. Namun, percubaannya itu gagal dan dia diberkas, menurut para pegawai pada Rabu (29 Sep).

India adalah pengguna emas kedua terbesar di dunia. Menurut para pakar, penyeludupan emas meningkat saban tahun termasuk dengan mengubah logam berharga tersebut kepada bentuk pes.

Penyeludup itu ditahan pada Isnin lalu (27 Sep) selepas seorang pegawai keselamatan ternampak "ada kelibat logam dalam rongga tubuh" di lapangan terbang Imphal di wilayah timur laut Manipur.

Lelaki berkenaan, yang hendak melakukan perjalanan ke New Delhi, ditahan untuk disoal siasat namun dia tidak dapat memberikan jawapan memuaskan, menurut Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat dalam satu kenyataan media.

Para pegawai kemudian membawa lelaki itu ke sebuah bilik pemeriksaan perubatan di mana imbasan X-ray yang dilakukan pada bahagian bawah tubuhnya menunjukkan empat kapsul diisi dengan pes emas. Berat pes itu melebihi 900 gram.

Menurut kenyataan tersebut, nilai emas yang diseludup itu dianggarkan sekitar 4.2 juta rupee (S$77,000).

Permintaan bagi emas melonjak dalam bulan-bulan menjelang hujung tahun di India ketika musim perkahwinan dan persediaan rancak dilakukan sempena perayaan besar Hindu seperti Deepavali serta Dussehra.

Manipur terletak bersempadan dengan Bangladesh, yang menurut para pakar, muncul sebagai laluan utama bagi penyeludupan jongkong emas ke India.

Lewat kebelakangan ini juga, para penyeludup semakin kreatif dalam cara mereka menyeludup logam berharga itu.

Pihak berkuasa pernah menemui jongkong emas dijahit pada baju dan disembunyikan dalam rongga mulut. Bahkan, sesetengah daripada mereka menggunakan kerusi roda untuk menyembunyikan kargo haram mereka itu.

Pada Ogos, Pusat Dasar Emas India menyatakan 300 tan emas dianggarkan diseludup masuk ke negara itu setiap tahun lantas menyebabkan kerugian hasil yang besar bagi pemerintah.  

Sumber : AFP/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa