'Lelaki dengan paru-paru besi' meninggal dunia pada usia 78 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: laman GoFundMe
WASHINGTON: Seorang bekas penghidap polio yang dikenali sebagai "lelaki dengan paru-paru besi" telah meninggal dunia pada usia 78 tahun, demikian menurut keluarga mendiang dan sebuah laman kutipan dana.
Paul Alexander dari Dallas, Texas menghidapi polio pada usia 6 tahun, menyebabkannya lumpuh daripada bahagian leher ke bawah dan perlu bergantung kepada alat pernafasan mekanikal untuk bernafas hampir sepanjang masa.
Walaupun beliau sering terperuk dalam alat pernafasan mekanikal yang berbentuk seperti kapal selam, beliau cemerlang dalam pelajarannya, meraih ijazah dalam undang-undang, bekerja dalam bidang undang-undang, malah dapat menulis sebuah buku.
"Dengan hati yang berat saya perlu katakan bahawa abang saya telah meninggal dunia pada malam semalam," kata adiknya, Philip Alexander dalam catatan Facebook pada Rabu (13 Mac).
"Ia satu penghormatan dapat menjadi sebahagian hidup seseorang dikagumi ramai seperti beliau."
Christopher Ulmer, seorang individu yang menyokong orang kurang upaya dan mengendalikan kutipan dana amal bagi Alexander, turut mengesahkan berita kematiannya dalam satu kemas kini pada laman GoFundMe pada Selasa (12 Mac).
"Kisah hidupnya tersebar luas, memberikan pengaruh positif kepada masyarakat seluruh dunia. Paul adalah peran contoh hebat dan beliau akan terus dikenang," kata Encik Ulmer.
Satu kemas kini pada akaun rasmi TikTok Alexander sebelum ini mengatakan beliau telah dikejarkan ke bilik kecemasan selepas menghidapi COVID-19.
Alexander memegang Rekod Dunia Guinness untuk masa paling lama diluangkan dalam alat pernafasan 'paru-paru besi itu'.
Menurut laman Guinness, beliau berupaya meninggalkan alat pernafasan selama tempoh waktu tertentu selepas beliau belajar untuk bernafas sendiri dengan bantuan seorang ahli terapi fizikal.
Martha Lillard, 75 tahun dari Shawnee, Oklahoma kini dilaporkan individu terakhir yang masih bergantung kepada penggunaan alat pernafasan mekanikal tersebut.

Sumber : AGENCIES/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.