Lelaki dari KL bawa kawan-kawan naik helikopter untuk santap durian di Johor Bahru
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bergelar Datuk di Malaysia dan rakan-rakannya menaiki helikopter dari Kuala Lumpur (KL) ke Johor Bahru demi untuk menikmati buah durian serta menjamu ikan dan buah-buahan segar di ladang Kampung Bangas milik petani durian Lokman Hakim Johar.
Terletak di Kampung Sulir Segamat, Johor, Encik Lokman memiliki ladang durian Kebun Johar Jantan dan homestay, Villa Seri Intan, lapor Malay Mail.
Menurut Encik Lokman, lelaki itu meminta durian Segamat asli memandangkan varian Musang King dan D24 boleh didapati di Johor Bahru.
Encik Lokman yang turut menghidangkan IOI atau Muar Gold Durian bersama rambutan dan manggis dari ladangnya berkata selesai sahaja menikmati juadah, lelaki itu dan rakan-rakannya terbang pulang ke Kuala Lumpur selepas tinggal lebih sejam, lapor Malay Mail.
“Kami gembira dengan mereka, mereka akhirnya membawa banyak durian pulang ke KL.” Kenduri durian berharga RM88 (S$27.88) seorang dan ikan sungai berharga RM25 (S$7.92) seekor.
“Untuk merancangnya dengan betul, saya menghubungi juruterbang helikopter beberapa kali sebelum tarikh dan berkongsi titik pendaratan di peta Google,” jelas beliau.
“Musim durian akan berakhir bulan ini, harap-harap dapat lebih ramai tetamu ke inap desa dan ladang Januari depan.
Encik Lokman menganjurkan “Durio Tourism” dari 25 Jun hingga 6 Julai, di mana pengunjung boleh merasai durian terbaik dan buah-buahan lain di ladang dengan harga RM88 (S$27.88) seorang.
Beliau menjemput rakyat Malaysia dan warga asing untuk tinggal di Segamat di Villa Seri Intan dan Kebun Johar Jantan miliknya untuk menikmati juadah dan pemandangan di kebunnya.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.