Skip to main content

Dunia

Lelaki dan wanita beri minuman keras kepada haiwan di Taman Safari Jawa

Pengurusan Taman Safari Bogor di Jawa Barat membuat aduan polis tentang seorang lelaki dan wanita yang memberi minuman keras kepada seekor badak air dan rusa, seperti yang ditunjukkan dalam video yang menjadi 'viral'.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dan wanita beri minuman keras kepada haiwan di Taman Safari Jawa

Badak air ini yang diberi minuman keras. (Gambar: Taman Safari Indonesia Bogor/ Facebook)

Diterbitkan : 18 Nov 2017 01:50PM Dikemas Kini : 18 Nov 2017 02:05PM

BOGOR: Pengurusan Taman Safari Bogor di Jawa Barat membuat aduan polis tentang seorang lelaki dan wanita yang memberi minuman keras kepada seekor badak air dan rusa, seperti yang ditunjukkan dalam video yang menjadi 'viral'.

"Kami melaporkan dua orang pelaku ke Polis Cisarua. Tindakan mereka bukan sahaja membahayakan haiwan kami, tetapi juga melanggar norma kebajikan haiwan," kata Yulius Suprihardo, seorang jurucakap Taman Safari Indonesia kepada The Jakarta Post pada 15 November.

Encik Yulius menambah bahawa pasukan veterinar Taman Safari sedang memeriksa haiwan-haiwan yang terjejas untuk menentukan sama ada minuman keras itu mempunyai kesan pada kesihatan mereka.

Beliau turut meluahkan penghargaannya kepada pengguna Instagram kerana melaporkan isu itu kepada pihak Taman Safari Indonesia, lapor The Jakarta Post.

Para aktivis haiwan mengutuk lelaki dan wanita yang dikenali di Instagram sebagai @philipbiondi dan @alyccaaa kerana memberi minuman keras kepada badak air dan rusa di Taman Safari Indonesia itu.

Tindakan itu dirakam dan dimuat naik sendiri oleh wanita berkenaan di Instagram. Dalam video tersebut, kedua-duannya kelihatan sedang bergembira dalam sebuah kenderaan yang melalui kawasan Taman Safari.

Mereka kemudian melemparkan minuman keras lewat tingkap dalam percubaan memberi haiwan-haiwan itu minuman mereka.

Wanita berkenaan turut menulis 'Jackpot' dalam video Instagramnya kerana mereka berhasil menuang minuman mereka ke dalam mulut haiwan-haiwan dari jarak jauh di taman tersebut.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita