Skip to main content

Dunia

Lelaki curi AS$50 terlepas hukuman penjara seumur hidup

Hakim mahkamah di Alabama mengarahkan seorang lelaki yang merompak AS$50.75 (S$70.42) dari sebuah kedai kuih dibebaskan dari hukuman penjara seumur hidup.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki curi AS$50 terlepas hukuman penjara seumur hidup

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 31 Aug 2019 09:26PM Dikemas Kini : 31 Aug 2019 09:30PM

NEW YORK: Hakim mahkamah di Alabama mengarahkan seorang lelaki yang merompak AS$50.75 (S$70.42) dari sebuah kedai kuih dibebaskan dari hukuman penjara seumur hidup.

Alvin Kennard dijatuhkan hukuman keras itu ketika berusia 22 tahun, di bawah pemerintahan tegas yang dilaksanakan pada era 70-an bagi mengelakkan kesalahan berulang.

Kennard yang kini berusia 58 tahun dibebaskan setelah 36 tahun meringkuk di dalam penjara.

Pembebasan beliau disambut dengan penuh emosi oleh anggota keluarganya.

Peguam Kennard, Carla Crowder berkata, anak guam beliau amat terharu dan teruja dengan peluang diberikan, serta akan menggunakan ia sebaik-baiknya untuk bersama keluarga.

“Kennard mahu meneruskan pekerjaan lamanya iaitu tukang kayu,” katanya.

Sumber : Reuters/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita