Skip to main content

Dunia

Lelaki China dihukum mati kerana tikam kanak-kanak Jepun

Mahkamah China menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang lelaki kerana menikam seorang kanak-kanak Jepun di bandar selatan Shenzhen, lapor agensi berita Kyodo yang memetik Duta Jepun ke China, Kenji Kanasugi.
 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki China dihukum mati kerana tikam kanak-kanak Jepun

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 25 Jan 2025 07:39AM Dikemas Kini : 25 Jan 2025 07:41AM
TOKYO: Mahkamah China menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang lelaki kerana menikam seorang kanak-kanak Jepun di bandar selatan Shenzhen, lapor agensi berita Kyodo yang memetik Duta Jepun ke China, Kenji Kanasugi.

Perbicaraan kes bermula pada awal Jumaat (24 Jan).

Kanak-kanak berusia 10 tahun itu merupakan seorang rakyat Jepun. Bapanya seorang warga Jepun manakala ibunya adalah warga China.

Dia ditikam ketika dalam perjalanan ke sekolah pada pagi hari kejadian yang berlaku pada September tahun lalu.

Mangsa meninggal dunia pada keesokan harinya.

Suspek dikenal pasti oleh pihak berkuasa China sebagai individu bernama Zhong yang berusia 44 tahun. Dia diberkas pada 30 November lalu atas tuduhan membunuh.

Serangan tersebut berlaku pada ulang tahun kejadian 1931 yang mencetuskan peperangan antara China dan Jepun, iaitu satu tarikh sensitif pada waktu hubungan diplomatik antara kedua-dua negara berisiko menjadi semakin tegang.

Menurut Kyodo, pihak berkuasa China menyifatkan kes itu sebagai satu kejadian tidak disengajakan dan bukan sebahagian daripada siri jenayah yang dirancang.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita