Skip to main content

Dunia

Lelaki cemas, kereta diserang gajah di Gerik-Jeli, Malaysia

Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila keretanya diserang sekumpulan gajah ketika memandu di Kilometer 11, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, dalam kejadian sekitar pukul 8.15 malam pada Selasa (20 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki cemas, kereta diserang gajah di Gerik-Jeli, Malaysia

Kereta mangsa yang remuk akibat serangan gajah. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 21 May 2025 12:32PM
IPOH: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila keretanya diserang sekumpulan gajah ketika memandu di Kilometer 11, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, dalam kejadian sekitar pukul 8.15 malam pada Selasa (20 Mei).

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 11.36 malam daripada pemandu berusia 38 tahun.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati pemandu dari arah Jeli ke Gerik telah ternampak sekumpulan gajah sedang melintas lalu memberhentikan kenderaan dan mematikan lampu.

“Namun, dia terdengar bunyi hon dari kenderaan di belakang dan secara tiba-tiba tiga ekor gajah menghampiri keretanya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Encik Zulkifli mengatakan bahawa pemandu tersebut bertindak keluar dari keretanya untuk menyelamatkan diri sebelum membuat laporan polis selepas gajah berkenaan beredar.

Beliau berkata akibat kejadian itu, kereta mangsa mengalami kerosakan di bahagian hadapan dan belakang serta di sisi kanan dan kirinya, namun pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan sebuah kereta dalam keadaan rosak yang dipercayai diserang sekumpulan gajah.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita