Skip to main content

Dunia

Lelaki bunuh ibu dan simpan anggota badannya yang dikerat dalam peti sejuk

Gony Yu Wei, yang membunuh ibunya dan menyimpan anggota tubuhnya yang dikerat dalam peti sejuk, 'berasa malu dan kesal' apabila dia dijatuhi hukuman di Hawaii.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki bunuh ibu dan simpan anggota badannya yang dikerat dalam peti sejuk
Diterbitkan : 22 Jan 2019 08:39PM Dikemas Kini : 22 Jan 2019 08:41PM

HAWAII: Gony Yu Wei, yang membunuh ibunya dan menyimpan anggota tubuhnya yang dikerat dalam peti sejuk, 'berasa malu dan kesal' apabila dia dijatuhi hukuman di Hawaii.

Dia dijatuhi hukuman penjara 30 tahun setelah mengaku membunuh dan mengerat anggota badan ibunya semasa satu pergaduhan di flat mereka di Honolulu.

Gong Yu Wei didakwa melakukan pembunuhan selepas dia menghubungi polis pada 2017 untuk menyerah diri berikutan satu percubaan bunuh diri.

Dia mengaku membunuh ibunya Cik Gong Liu Yun sekitar enam bulan sebelum itu, menurut dokumen-dokumen mahkamah. Apabila para pegawai bertanya di mana ibunya berada, dia memberitahu "dalam peti sejuk".

Pihak polis menjumpai sisa-sisa manusia, termasuk sepasang tangan dan kepala yang dipenggal dalam beberapa beg sampah, menurut dokumen-dokumen mahkamah.

Tahun lalu, dia mengaku bersalah membunuh tanpa niat, sekali gus mengelak daripada dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Peguam belanya dan pihak pendakwa yang terlibat dalam kes itu berkata bahawa hukuman itu dipersetujui oleh keluarga mangsa.

Gong, 28 tahun meminta maaf kepada keluarganya di China dan Hawaii.

"Saya malu dengan apa yang saya lakukan," katanya.

"Saya minta maaf, ibu"

Gong berasa bahawa dia tidak layak menerima pengampunan daripada keluarganya, menurut pembela awam, Darcia Forester.

"Saya ingin menjelaskan bahawa dia menyayangi ibunya dan beliau seorang ibu yang amat baik," menurut Cik Darcia.

Hakim Paul Wong menekankan "fakta-fakta yang jelas amat mengejutkan" dalam kes itu, meskipun tiada butiran mengerikan disebut.

Gong dijatuhi hukuman penjara 20 tahun kerana membunuh tanpa niat dan 10 tahun bagi pencurian identiti, yang akan dijalani secara berasingan.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita