Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki buka pintu pesawat Asiana Airlines ketika masih di ruang udara kerana "tidak selesa"

Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Penumpang Asiana Airlines, yang membuka pintu kecemasan pesawat semasa ia hampir melakukan pendaratan, memberitahu polis dia berbuat demikian kerana berasa tidak selesa.

Menurut lelaki yang berusia 30-an tahun itu, dia membuka pintu tersebut kerana mahu keluar dari pesawat itu secepat mungkin.

Dia juga memberitahu polis dia berasa tertekan selepas kehilangan pekerjaannya baru-baru ini.

Pesawat itu mendarat dengan selamat dan tiada penumpang dilaporkan cedera dalam insiden itu. 12 penumpang, kebanyakannya remaja, dibawa ke hospital selepas mengalami masalah bernafas.

Ketika insiden itu berlaku, pesawat tersebut berada sekitar 200 meter di udara.

Di bawah undang-undang keselamatan penerbangan, lelaki itu boleh berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Menurut pihak berkuasa, ia merupakan kali pertama insiden seumpama itu berlaku dalam sejarah penerbangan Korea.

Negara itu terkenal bagi rekod keselamatan penerbangannya yang mantap.
Sumber : Reuters/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan