Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki buat laporan palsu diragut selepas kad pengenalan hilang

Gara-gara tidak mahu membayar denda kerana kehilangan kad pengenalan, seorang lelaki bertindak membuat aduan polis palsu kononnya dia menjadi mangsa kes ragut, di Petaling Jaya, pada Ahad (16 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki buat laporan palsu diragut selepas kad pengenalan hilang

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 18 Aug 2020 09:21AM Dikemas Kini : 18 Aug 2020 09:24AM

KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak mahu membayar denda kerana kehilangan kad pengenalan, seorang lelaki bertindak membuat aduan polis palsu kononnya dia menjadi mangsa kes ragut, di Petaling Jaya, pada Ahad (16 Ogos).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faizal berkata lelaki berusia 26 tahun itu membuat aduan polis dengan mendakwa dia diragut semasa berada di kawasan Jalan gasing, Petaling Jaya oleh dua suspek, kira-kira pukul 6.15 petang.

Beliau berkata polis yang meragui kenyataannya telah memanggil semula lelaki itu, yang akhirnya mengaku bahawa kad pengenalannya sebenarnya hilang, dan laporan polis mengenai kejadian ragut yang dibuatnya adalah palsu.

“Lelaki itu berbuat demikian kerana bimbang tidak dapat memperbaharui kad pengenalannya atau perlu membayar denda kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan yang baharu,” katanya dalam kenyataan pada Isnin (17 Ogos).

Beliau berkata lelaki itu tidak ditahan, namun dijangka akan dihadap ke mahkamah dalam tempoh terdekat, selepas satu kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya supaya lelaki dituduh dituduh di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan akibat membuat aduan palsu.

ACP Nik Ezanee berkata tahun ini pihaknya menerima enam kes melibatkan orang awam membuat laporan polis palsu dan polis yang memandang serius perkara itu, mengingatkan orang ramai agar tidak membuat laporan sesuka hati demi kepentingan peribadi.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan