Lelaki Britain ditangkap kerana ancaman bom dalam pesawat Ryanair
Seorang lelaki Britain berusia 51 tahun, ditangkap selepas sebuah pesawat Ryanair dalam penerbangan dari London ke Norway menerima ancaman bom ketika berada di udara.
(Gambar: AFP)
NORWAY: Seorang lelaki Britain berusia 51 tahun, ditangkap selepas sebuah pesawat Ryanair dalam penerbangan dari London ke Norway menerima ancaman bom ketika berada di udara.
Jet-jet pejuang dari negara jiran Denmark mengiringi pesawat tersebut ke lapangan terbang berhampiran Oslo, ibu kota Norway.
Pasukan pemusnah bom yang memeriksa pesawat itu tidak menemui bahan letupan.
Pesawat Boeing 737-800 itu membawa 142 penumpang.
Ancaman itu yang kedua dialami pesawat Ryanair dalam masa seminggu.
Pada Selasa lalu (14 Jul), polis Britain menangkap dua lelaki selepas satu nota mendakwa ada bom ditemui di dalam tandas pesawat Ryanair yang terbang dari bandar Krakow, Poland ke Dublin, Ireland.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.