Lelaki bersenjata tembak mati mantan Ahli Parlimen wanita Afghanistan
Seorang wanita menatap gambar mantan Ahli Parlimen Afghanistan, Mursal Nabizada, yang ditembak mati di rumahnya di Kabul pada 15 Januari 2023. (Gambar: AFP)
“Kejadian ngeri itu berlaku di Ahmad Shah Baba Mina, kejiranan Polis Daerah 12 di bandar Kabul, apabila lelaki bersenjata menyerbu rumah mangsa dan melepaskan tembakan bertubi-tubi pada Sabtu malam, membunuhnya dan seorang pengawal peribadinya selain mencederakan seorang daripada abangnya," Encik Zadran memberitahu agensi berita Xinhua.
Siasatan sudah dilancarkan untuk mengenal pasti pelaku dan mengheretnya ke muka pengadilan, kata jurucakap itu.
Cik Nabizada pernah berkhidmat sebagai ahli Wolesi Jirga, Dewan Perwakilan Afghanistan, semasa pemerintah terdahulu yang tumbang berikutan pengunduran tentera pimpinan Amerika Syarikat pada Ogos 2021.
Tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan itu. Ahli keluarganya mahupun polis tidak menuding jari kepada mana-mana kumpulan atau individu tertentu.
Semakin banyak insiden keselamatan berlaku di ibu kota Afghanistan, Kabul, sejak beberapa bulan lalu. Ini termasuk satu letupan bersebelahan bangunan Kementerian Luar yang menyebabkan sekurang-kurangnya lima maut dan mencederakan lebih 12 yang lain pada Rabu lalu (11 Jan).
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.