Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki bersenjata ditahan di Norway setelah curi ambulans, rempuh orang ramai

Polis Norway menyatakan pihaknya menangkap seorang lelaki bersenjata yang mencuri sebuah ambulans di Oslo pada Selasa (22 Okt) dan kemudiannya melanggar dan menyebabkan empat pejalan kaki cedera ringan, termasuk sepasang bayi kembar.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki bersenjata ditahan di Norway setelah curi ambulans, rempuh orang ramai

Sebuah ambulans remuk setelah dicuri sepasang suspek dan melanggar orang ramai di Oslo, Norway pada 22 Okt (Gambar: NTB Scanpix/Stian Lysberg Solum via REUTERS)

Diterbitkan : 23 Oct 2019 10:18AM Dikemas Kini : 23 Oct 2019 10:26AM

OSLO: Polis Norway menyatakan pihaknya menangkap seorang lelaki bersenjata yang mencuri sebuah ambulans di Oslo pada Selasa (22 Okt) dan kemudiannya melanggar dan menyebabkan empat pejalan kaki cedera ringan, termasuk sepasang bayi kembar.

Polis berkata mereka sedang mencari seorang lagi suspek, seorang wanita "yang kelihatan berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol".

Menurut saluran TV2, lelaki yang ditangkap berusia 30-an tahun manakala wanita yang diburu berusia 20-an. Kedua-duanya warga Norway dan dipantau sebelum ini oleh pihak polis.

Awal dari itu, polis menyatakan mereka telah "mendapatkan semula ambulans yang dicuri oleh seorang lelaki bersenjata". Para pegawai polis telah melepaskan tembakan untuk menangkap suspek yang tidak mengalami kecederaan parah.

"Seorang wanita dengan kereta sorong bayi dan pasangan warga tua telah dilanggar atau terpaksa melompat keluar untuk elak dilanggar", kata polis dalam satu catatan Twitter, sambil menambah bahawa wanita itu dan seorang budak dibawa ke hospital.

Hospital Universiti Oslo berkata sepasang kembar berusia tujuh bulan terlibat dalam kejadian itu, salah seorang daripadanya cedera ringan manakala status bayi kedua belum dipastikan.

"Tiada tanda menunjukkan bahawa kejadian ini berkaitan dengan pengganasan," kata ketua operasi polis Oslo, Erik Hestvik kepada para wartawan.

"Siasatan masih dalam fasa awal ... Kami menjalankan siasatan secara menyeluruh dan terperinci," menurut kenyataan polis.

Menurut laporan media, lelaki bersenjata itu merampas ambulans selepas kenderaan yang dinaikinya bersama wanita itu terbalik dalam satu kemalangan.

Polis berkata mereka merampas dua senjata di tempat kejadian.

Ambulans itu terhenti sekitar 1.5 kilometer dari tempat ia dirampas, setelah dirempuh dan disekat oleh sebuah lagi ambulans.

Motif suspek belum lagi diketahui, menurut polis.

Norway telah mengalami beberapa serangan pengganas oleh pelampau sayap kanan, termasuk serangan berkembar pada Julai 2011 oleh Anders Behring Breivik yang menyebabkan 77 orang mati.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan