Lelaki bersenjata diberkas di padang golf Trump jelang lawatan presiden
Pemandangan udara Kelab Golf Negara Trump Los Angeles pada 16 Jun 2026 di Rancho Palos Verdes, California. (Gambar: Justin Sullivan/Getty Images Amerika Utara/AFP)
Suspek yang dikenali sebagai Jeanine John Taele, 38 tahun, dari Downey, California, ditangkap pada Ahad di padang golf di Rancho Palos Verdes.
Ejen persekutuan berpakaian preman mengesan suspek berjalan di sekitar kawasan padang golf sambil mengambil gambar dan video serta dipercayai memantau persiapan keselamatan.
Semasa ditahan, pihak berkuasa menemukan 16 butir peluru di dalam saku seluarnya.
Pemeriksaan ke atas kenderaannya pula menemukan sepucuk pistol berisi peluru serta beberapa lagi peluru lain.\\
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.