Lelaki Asia pekerja ladang diberkas susuli insiden tembakan terbaru di California
Anggaran Waktu Membaca:

Seorang timbalan syerif daerah San Mateo County sedang berjaga-jaga di tempat kejadian tembakan di lebuh raya 92 di Half Moon Bay, California pada 23 Jan 2023. (Gambar: AFP)
HALF MOON BAY: Seorang lelaki Asia pekerja ladang ditahan pada Isnin (23 Jan) selepas tujuh rakan kerjanya ditembak mati di hadapan kanak-kanak di beberapa tapak di California, selang beberapa hari selepas seorang penembak membunuh 11 orang secara rambang semasa sambutan Tahun Baru Cina berdekatan Los Angeles.
Pertumpahan darah terbaru yang membabitkan penduduk keturunan Amerika Asia di California, berlaku di dua ladang di sekitar Half Moon Bay.
Seorang suspek, yang merupakan penduduk Half Moon Bay berusia 67 tahun, dikenal pasti sebagai Zhao Chunli. Dia sudahpun ditahan.
Menurut Sheriff Daerah San Mateo County Christina Corpus, tujuh orang terkorban dan satu lagi cedera dalam dua insiden tembakan tersebut.
Tragedi itu berlaku, ketika polis di selatan California masih menyiasat motif seorang pendatang Asia yang membunuh 11 orang yang berkumpul di dewan tarian semasa sambutan Tahun Baru Cina, sebelum membunuh dirinya sendiri.

Kedua-dua suspek menggunakan pistol separa automatik dalam serangan mereka, dan kedua-duanya kelihatan mempunyai hubungan dengan sekurang-kurangnya beberapa mangsa mereka.
LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : AFP/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.