Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki akhirnya dibebaskan setelah 2 bulan ditahan kerana berenang dari Kanada ke Amerika untuk hantar buku

Sejauh manakah seseorang itu sanggup lakukan untuk menghantar senaskah buku? Bagi seorang penduduk tetap Kanada, beliau sanggup berenang ke Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki akhirnya dibebaskan setelah 2 bulan ditahan kerana berenang dari Kanada ke Amerika untuk hantar buku

(Gambar hiasan: Pexels/Pixabay)

Diterbitkan : 12 Feb 2020 11:45PM Dikemas Kini : 12 Feb 2020 11:52PM

DETROIT: Sejauh manakah seseorang itu sanggup lakukan untuk menghantar senaskah buku? Bagi seorang penduduk tetap Kanada, beliau sanggup berenang ke Amerika Syarikat.

Menurut laporan Associated Press, Christopher Sagajllo, 56, ditangkap pada Disember setelah merentasi sungai Detroit dengan memakai pakaian renang dan mendarat di Zug Island, selatan Detroit.

Hakim Daerah Amerika Syarikat Linda Parker pada awalnya menjatuhkan hukuman penjara. Namun setelah dua bulan ditahan, Sagajlllo, seorang warga Britain yang juga penduduk tetap Kanada dibenarkan pulang ke St Catherines, Ontario.

"Beliau bukan seorang individu yang berbahaya," kata peguam bela Benton Martin seperti dilaporkan AP.

Sagajllo enggan bercakap kepada mahkamah, namun menjelaskan menerusi surat mengapa dia melakukan tindakan sedemikian.

Menurut lelaki tersebut, permohanannya untuk masuk ke Amerika Syarikat beberapa hari sebelum kejadian itu ditolak kerana masalah kastam. Dia menjadi terdesak lalu terpaksa berenang untuk menyampaikan buku-buku yang disulamnya dengan tangan.

Sagajllo menambah, ia sebahagian daripada kepercayaan agamanya.

"Empat penerima berada di Amerika Syarikat, dan saya percaya mereka perlu dapatkan buku itu sebelum Krismas ... Saya percaya saya perlu berenang. Saya yakin jika saya tidak lakukan apa yang saya percaya saya perlu buat, sesuatu yang buruk akan terjadi pada diri saya," tulis Sagajlllo dalam surat penjelasannya.

Penolong Ketua Peguam Negara Amerika Syarikat Susan Fairchild berkata pemerintah tiada bantahan mengembalikan Sagajllo ke Kanada setelah berminggu-minggu dalam tahanan. 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan