Lelaki 91 tahun terselamat dari nahas luncur udara
Seorang lelaki warga Australia berusia 91 tahun terhempas ke dalam laut berhampiran sebuah pantai di utara Sydney ketika meluncur udara (paragliding) pada Ahad (15 Nov).

Gambar hiasan.
SYDNEY: Seorang lelaki warga Australia berusia 91 tahun terhempas ke dalam laut berhampiran sebuah pantai di utara Sydney ketika meluncur udara (paragliding) pada Ahad (15 Nov).
Menurut polis, dalam kejadian berdekatan Warriewood kira-kira pukul 6.00 petang itu, warga emas tersebut berjaya diselamatkan oleh para penduduk setempat dan dilaporkan hanya cedera ringan.
Para anggota paramedik yang tiba di tempat kejadian mendapati mangsa cuma mengalami luka dan lebam.
Rakaman video oleh media tempatan menunjukkan lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu berjalan melintasi batu, kaki kirinya dibalut dengan bantuan penyelamat.
Mangsa dibawa ke Hospital Royal North Shore di Sydney untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.