Skip to main content

Dunia

Lelaki 70 tahun korban pertama banjir di Kelantan

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA KRAI: Seorang warga emas lelaki berusia 70 tahun menjadi korban pertama banjir di Kelantan yang melanda negeri itu sejak Jumaat lepas (25 Feb).

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintenden Suzaimi Mohammad berkata Mohammad Ishak ditemukan lemas di Kampung Kuala Gris dekat Dabong di sini pada 7 malam tadi iaitu kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

"Mangsa ditemukan oleh orang awam yang ternampak mayat terapung tersangkut pada pokok di dalam sungai berdekatan tempat mangsa dilaporkan terjatuh.

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Krai untuk proses bedah siasat dan tindakan selanjutnya," menurutnya dalam kenyataan hari ini (27 Feb).

Media sebelum ini melaporkan seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ketika mengalihkan sampan di Pengkalan Lan, Sungai Galas dekat Kampung Kuala Gris petang semalam.

Sumber : Bernama/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita