Skip to main content

Dunia

Lelaki 69 tahun cedera parah dipijak gajah

Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak seekor gajah yang menyerangnya di Kilometer 19, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, antara Perak dengan Kelantan petang semalam (1 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 69 tahun cedera parah dipijak gajah

Gambar fail seekor gajah. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 02 Feb 2018 11:30AM Dikemas Kini : 02 Feb 2018 11:33AM

GERIK, PERAK: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak seekor gajah yang menyerangnya di Kilometer 19, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, antara Perak dengan Kelantan petang semalam (1 Feb).

M. Paramanazan, 69, dari Sungai Siput Utara, Perak patah tangan kiri, patah tulang rusuk kiri, luka pada lengan kanan dan juga dipercayai patah tulang leher.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata kejadian itu berlaku pada pukul 4.30 petang apabila mangsa dan anaknya yang berusia dalam 40-an tahun yang memandu lori melalui JRTB dalam perjalanan ke arah Gerik.

Ketika tiba di kawasan berdekatan sebuah tugu peringatan, mangsa turun dari lori untuk melihat seekor gajah yang berada di situ tetapi dikatakan dikejar sebelum dipijak oleh gajah itu,” katanya.

Supt Ismail berkata bahawa mangsa yang cedera dibawa oleh anaknya ke Hospital Gerik bagi mendapatkan rawatan tetapi kerana ketiadaan pakar, mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan susulan.

Sumber : Bernama/CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita