Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki 62 tahun diberkas selepas pekerja tersepit di bawah mesin meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki 62 tahun diberkas kerana menyebabkan kematian akibat perbuatan cuai.

Ini selepas angka terbaru kematian di tempat kerja pada Selasa (27 Dis), menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Rabu (28 Dis).

SPF bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut dan menyatakan bahawa siasatan masih dijalankan.
Mangsa bekerja di syarikat pembekalan buruh, RCM Resources dan kejadian berlaku di tapak kerja ST Engineering Advanced Material Engineering.

ST Engineering menyatakan mangsa seorang pekerja di loji Advanced Material Engineering di Rifle Range Road.

"Memandangkan siasatan masih dijalankan, kami tidak boleh memberikan butiran ataupun komen lanjut," kata seorang jurucakap syarikat berkenaan.

"Keutamaan syarikat adalah untuk memberikan bantuan kepada keluarga mangsa dan kami sudah mengerahkan seorang penjaga dan menawarkan khidmat kaunselor profesional untuk menyokong mereka pada masa-masa yang sukar ini."

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengarahkan Engineering Advanced Material Engineering untuk menghentikan kesemua operasi memunggah.

Dengan ini, jumlah kematian di tempat kerja pada 2022 adalah sebanyak 45, melepasi 37 kematian di tempat kerja yang dilaporkan sepanjang tahun lalu.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan