Lelaki 60 tahun ditahan, miliki 400 karton rokok haram
Pasukan Polis Marin Perak menahan seorang lelaki berusia 60 tahun dan merampas 400 karton pelbagai jenis rokok seludup bernilai RM120,000 (S$39,000) di sebuah kedai runcit borong di Batu Kurau, di Taiping, Khamis petang (8 Ogos).

(Gambar fail: Reuters)
LUMUT: Pasukan Polis Marin Perak menahan seorang lelaki berusia 60 tahun dan merampas 400 karton pelbagai jenis rokok seludup bernilai RM120,000 (S$39,000) di sebuah kedai runcit borong di Batu Kurau, di Taiping, Khamis petang (8 Ogos).
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, ACP Rosman Ismail berkata serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin Kampung Acheh, Sitiawan, kira-kira pukul 4.30 petang hasil daripada maklumat yang diperolehi.
“Ketika serbuan, kita menemui lebih 400 karton pelbagai jenis rokok yang disimpan dalam kedai dan di bahagian belakang kedai berkenaan.
“Seorang lelaki warga tempatan berusia 60 tahun turut ditahan. Kesemua rokok tersebut dikatakan adalah untuk penjualan kepada penduduk di sekitar kawasan berhampiran,” katanya ketika dihubungi hari ini.
ACP Rosman berkata suspek yang ditahan bersama barang rampasan sudah dibawa balik ke Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Kuala Kurau.
Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum mengikut akta yang sama di mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai barangan atau RM100,000 (S$33,000) yang mana lebih tinggi.
“Kes diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Kastam Manjung, Perak untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.