Lelaki 31 tahun diberkas kerana cuba bunuh orang asli, penunjuk perasaan semasa Hari Australia
Orang ramai mengambil bahagian dalam bantahan Hari Pencerobohan di Sydney semasa sambutan Hari Australia 2026 pada 26 Jan 2026. (Gambar: Reuters/Jeremy Piper)
Pihak berkuasa memberkas seorang lelaki berusia 31 tahun yang dituduh membaling bom buatan sendiri ke arah beberapa ribu orang yang sedang berhimpun di Perth.
Tiada sesiapa yang cedera kerana bom itu tidak meletup.
Polis dan pemimpin wilayah itu, Roger Cook berkata lelaki tersebut taksub dengan fahaman ketuanan kulit putih (white supremacist) dan serangan itu adalah percubaan untuk menyasarkan salah satu kumpulan orang asli di Australia.
"Dakwaan itu... melibatkan tuduhan menyerang orang asli dan penunjuk perasaan lain yang didorong oleh kebencian dan sikap perkauman," kata Encik Cook di satu sidang media.
Jika didapati bersalah, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
Hari Australia, yang memperingati penjajahan Britain ke atas negara itu pada 1788, adalah cuti umum yang disambut dengan perkelahan, barbeku dan upacara bagi rakyat baharu, tetapi ia juga mengundang kritikan daripada sesetengah pihak, termasuk masyarakat orang asli, dengan bantahan yang diberi nama "Hari Pencerobohan" diadakan di seluruh negara tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.