Skip to main content

Dunia

Legoland Malaysia dibuka semula kepada pengunjung

Selepas ditutup sementara selama beberapa bulan akibat pandemik COVID-19, Legoland Malaysia Resort kembali dibuka kepada pengunjung mulai semalam dengan beroperasi pada tahap keupayaan lebih rendah sebagai langkah pencegahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Legoland Malaysia dibuka semula kepada pengunjung

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 26 Jun 2020 09:28PM Dikemas Kini : 26 Jun 2020 09:33PM

ISKANDAR PUTERI: Selepas ditutup sementara selama beberapa bulan akibat pandemik COVID-19, Legoland Malaysia Resort kembali dibuka kepada pengunjung mulai semalam dengan beroperasi pada tahap keupayaan lebih rendah sebagai langkah pencegahan.

Pengarah Bahagian, Encik Lim Choong Sean berkata taman tema itu mengalu-alukan kehadiran pengunjung ke hotelnya selain SEA LIFE Malaysia, tarikan di dalam air yang interaktif.

Beliau berkata dengan pembukaan semula operasinya yang sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan kerajaan, tetamu dijangka berdepan protokol baharu dan perubahan operasi di seluruh resort di samping perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan.

“Kami perlu menghadkan kapasiti resort kepada hanya 30 peratus daripada operasi normal. Kami turut menyediakan platform urus niaga tanpa tunai untuk meminimumkan sentuhan di antara tetamu dan pekerja.

“Kami turut menutup sebahagian aktiviti untuk sementara bagi memastikan penjarakan sosial,” katanya kepada Bernama hari ini (26 Jun).

Katanya, resort taman tema itu turut menerima sambutan di luar jangkaan semasa dibuka semula semalam.

Bagi menggalakkan kehadiran lebih ramai pengunjung, Legoland Malaysia Resort turut menawarkan pelbagai promosi menarik kepada orang ramai.

“Contohnya, tempah satu malam di Legoland Hotel dan percuma untuk malam kedua, dan sekiranya pengunjung menempah tiket satu hari di taman tema itu, mereka akan menerima satu lagi tiket percuma.

“Pelbagai tawaran menarik dan fleksibel disediakan untuk menarik semula kehadiran pengunjung ke Legoland,” katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita