Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Legenda Bola Sepak Pele dalam keadaan stabil

Anggaran Waktu Membaca:
BUENOS AIRES: Legenda bola sepak Pele, dilaporkan berada dalam keadaan stabil, menurut Agensi Anadolu. 

Menurut pihak Hospital Albert Einstein di Sao Paulo, Pele memberi tindak balas positif terhadap rawatan bagi menyembuhkan jangkitan pernafasan yang dialaminya.

Pele, 82 tahun, dimasukkan ke hospital pada Selasa (29 Nov) untuk rawatan susulan selepas pembedahan membuang ketumbuhan pada usus besarnya pada September 2021.

Anak perempuan Pele, Kelly Nascimento, awal minggu ini menulis di Instagram yang menyatakan bapanya tidak berdepan dengan situasi yang mencemaskan.

Semasa perlawanan Brazil menentang Cameroon dalam kejohanan Piala Dunia di Qatar pada Jumaat para penonton di stadium memegang sepanduk yang bertulis “Pele Get Well Soon”. 

"Kawan-kawan, saya berada di hospital untuk melakukan rawatan susulan. Gembira dengan ucapan yang diberikan. Terima kasih kepada Qatar atas penghormatan ini dan kepada semua yang menghantar ucapan buat saya," tulis Pele di Instagram. 

Pele pernah membantu Brazil menjuarai tiga Piala Dunia dalam tahun 1958, 1962 dan 1970.

Beliau menjadi penjaring terbanyak untuk pasukan Brazil dengan 77 gol dalam 92 perlawanan dan dianggap sebagai seorang pemain terhebat sepanjang zaman.
 
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan