Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih separuh kanak-kanak di Gaza perlukan sokongan psikologi: PBB

Lebih separuh kanak-kanak di Semenanjung Gaza memerlukan sokongan psikologi, menurut Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA)  bagi Pelarian Palestin pada Rabu (4 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih separuh kanak-kanak di Gaza perlukan sokongan psikologi: PBB

Seorang kanak-kanak di pusat perlindungan kendalian UNRWA di Carikan Gaza (Gambar ihsan: UNRWA)

Diterbitkan : 04 Nov 2021 02:02PM Dikemas Kini : 04 Nov 2021 02:04PM

GAZA: Lebih separuh kanak-kanak di Semenanjung Gaza memerlukan sokongan psikologi, menurut Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA)  bagi Pelarian Palestin pada Rabu (4 Nov).

Pengarah operasi UNRWA di Gaza, Thomas White, berkata ini adalah akibat ketegangan yang berlaku pada Mei.

Beliau menjelaskan bahawa 9,090 kanak-kanak baru-baru ini mengalami masalah tingkah laku dan trauma dan telah menerima sokongan psikologi, lapor Agensi Berita Xinhua.

Katanya, ketegangan baru-baru ini telah menjejaskan kemajuan ekonomi di Gaza yang dijangka dicapai tahun ini di Gaza, dianggarkan pada 0.3 peratus.

"Keadaan hidup di Carikan Gaza adalah sukar, terutamanya akibat kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi," kata White.

Lebih dua juta penduduk di Carikan Gaza berdepan masalah ekonomi akibat sekatan dikenakan Israel sejak 2007.

Encik White berkata agensi PBB itu meneruskan usahanya berunding dengan penderma untuk memulakan proses pembinaan semula rumah pelarian Palestin dan Jerman telah bersetuju membantu.

Pada 10 Mei, Israel melancarkan serangan tentera selama 11 hari di Carikan Gaza, menyebabkan lebih 250 rakyat Palestin dan 13 warga Israel terbunuh selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran rumah dan infrastruktur.

Sumber : Bernama/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan