Skip to main content

Dunia

Lebih sejuta rakyat Sabah dijangka keluar mengundi esok untuk menentukan siapa kerajaan

 Pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sabah berlangsung esok (26 Sep) di tengah-tengah jumlah kes COVID-19 yang kian bertambah di negeri Malaysia Timur itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih sejuta rakyat Sabah dijangka keluar mengundi esok untuk menentukan siapa kerajaan

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 25 Sep 2020 10:55PM Dikemas Kini : 25 Sep 2020 10:58PM

KOTA KINABALU: Pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sabah berlangsung esok (26 Sep) di tengah-tengah jumlah kes COVID-19 yang kian bertambah di negeri Malaysia Timur itu.

Seramai 1.12 juta orang layak mengundi untuk memilih 73 wakil mereka.

447 calon dari 16 parti politik bertanding.

Pilihan raya DUN Sabah diadakan lebih awal setelah beberapa anggota dewan tukar sokongan mereka.

Semasa berkempen isu-isu ekonomi, pembangunan prasarana dan kemantapan politik menjadi tumpuan para calon.

Para pengamat politik berkata terjadi persaingan amat sengit antara dua gabungan utama iaitu Warisan Plus pimpinan Ketua Menteri, Shafie Apdal dan Gabungan Rakyat Sabah yang merangkumi Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah.

Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin yang menerajui kempen Gabungan Rakyat Sabah sudah membayangkan kemungkinan mengadakan pilihan raya umum Malaysia lebih awal jika perikatan itu menang besar di Sabah.

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita