Lebih sejuta penduduk Gaza buat persiapan berpindah ke wilayah selatan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/SAID KHATIB)
GAZA: Penduduk Palestin di Carikan Gaza kini membuat persiapan untuk berpindah ke wilayah selatan, selepas tentera Israel mengarahkan lebih sejuta penduduk di wilayah utara untuk segera berpindah ke wilayah selatan dalam tempoh 24 jam.
Ini kerana tentera Israel merancang untuk "melancarkan operasi besar-besaran di Carikan Gaza pada beberapa hari akan datang".
Sementara itu, serangan udara Israel diteruskan, pada anggaran satu bedilan setiap 30 saat.
Setakat ini, lebih 1,500 penduduk Gaza terkorban, dengan separuh merupakan kanak-kanak dan kaum wanita.
Di pihak Israel pula, lebih 1,300 warganya terkorban sejak serangan mengejut Hamas Sabtu lalu.
Dalam pada itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengkritik arahan tentera Israel itu dan menggesa untuk dibatalkan demi peri kemanusiaan.

BACA:
PBB menekankan, hampir mustahil untuk melaksanakan arahan itu tanpa menimpakan kesan kemanusiaan yang dahsyat.
Carikan Gaza merupakan antara kawasan paling padat di dunia dan memaksa separuh penduduknya untuk berpindah ke selatan, bakal memudaratkan lagi keadaan yang berlaku di sana.
Bekalan barang keperluan asas di Gaza hampir kehabisan ekoran sekatan makanan, air dan bahan pembakar yang dikuatkuasakan Israel.
Menurut Israel, sekatan tersebut akan berterusan sehingga semua rakyatnya yang ditawan Hamas, dibebaskan.
Bekalan perubatan dan elektrik untuk beberapa hospital di Gaza juga hampir kehabisan.
Badan-badan bantuan antarabangsa menyatakan, krisis kemanusiaan di Gaza semakin parah selepas Israel menyekat penghantaran bekalan dari Mesir ke Gaza.
"Saya bertemu Presiden Mesir El-Sisi dan bertanya sama ada beliau boleh bantu kiriman bekalan perubatan melalui sempadan Gaza, sempadan Rafah, untuk bantu penduduk Palestin di Gaza, dan beliau bersetuju," kata ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Ghebreyesus.
"Kami perlu buka koridor untuk sediakan khidmat perubatan dan sebagainya. Itu yang saya minta - Satu, melindungi orang awam dan kedua, untuk memberi mereka bantuan yang diperlukan, sama ada makanan, khidmat dan bekalan perubatan serta barang keperluan lain," tambahnya.
Sementara itu, tentera Israel dikerahkan ke semua pintu gerbang menuju Baitulmakdis sebelum waktu untuk solat Jumaat (13 Okt).
Ini sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku pertempuran antara warga Palestin dan tentera Israel.
Orang ramai di sekitar Baitulmakdis menyatakan, hanya segelintir dibenarkan masuk pekarangan Masjid Al-Aqsa.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.