Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih sejuta jemaah mengunjungi Masjidil Haram pada malam ke-17 Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
MAKKAH: Jumlah jemaah yang mengunjungi Masjidil Haram pada malam ke-17 Ramadan (8 Apr) melebihi sejuta orang.

Pentadbir Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menyediakan 5,000 kenderaan biasa dan sekitar 3,000 kenderaan elektronik. Kesemua kenderaan itu dihubungkan dengan aplikasi Naql.

Pihak pentadbir itu juga telah melantik 200 penyelia Saudi yang bertauliah untuk mengawasi kerja-kerja di lapangan yang dilakukan oleh 4,000 pekerja wanita dan lelaki, lapor Saudi Gazette.

Kerja-kerja di lapangan itu termasuk mencuci Masjidil Haram sebanyak 10 kali sehari dan menyediakan 7,000 botol air Zamzam yang diagihkan kepada para jemaah oleh 800 pekerja.

Selain itu, 4,500 tong berisi air Zamzam diletakkan di merata kawasan Masjidil Haram.

Sekitar 500,000 liter air Zamzam telah diminum oleh para jemaah.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan