Lebih ramai tokoh wanita diberi jawatan jika BN, sekutunya bentuk kerajaan, kata Ahmad Zahid Hamidi
Lebih ramai tokoh wanita di Sabah wajar diberikan jawatan termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri dilantik jika Barisan Nasional (BN) dan sekutunya menang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 26 Sep ini serta membentuk kerajaan.

(Gambar: Bernama)
TAWAU: Lebih ramai tokoh wanita di Sabah wajar diberikan jawatan termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri dilantik jika Barisan Nasional (BN) dan sekutunya menang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 26 Sep ini serta membentuk kerajaan.
Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian mengenai perkara itu sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan wanita di Sabah.
"Tentunya saya merasa kecewa (wanita kurang dicalonkan) namun ada beberapa jawatan lantikan boleh diberikan kepada tokoh wanita," katanya di majlis bersama calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu dan Kukusan serta bertemu jentera di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Banyan, Taman King Fook.
Beliau berkata isu jawatan lantikan itu juga akan dirunding bersama rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah termasuk PAS.
Katanya yang penting, jentera perlu mendekati para pengundi untuk meraih undi dan calon BN tidak perlu gentar berdepan persaingan berbilang penjuru.
PRN Sabah ke-16 menyaksikan sejumlah 43 calon wanita ditampilkan untuk bertanding termasuk dua daripada UMNO, seorang daripada MCA, dua daripada Perikatan Nasional (PN) dan seorang daripada Parti Bersatu Sabah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.