Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih ramai kontraktor, pemilik dan pengurus hotel ditahan susuli gempa bumi Turki

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih ramai kontraktor, pemilik dan pengurus hotel ditahan susuli gempa bumi Turki

Bangunan yang runtuh di Hatay pada 14 Februari 2023, sembilan hari selepas gempa bumi 7.8 Richter melanda beberapa kawasan di Turki dan Syria. (Gambar: Bulent Kilic/AFP)

ADANA: Mahkamah Turki pada Jumaat (17 Feb) mengeluarkan perintah reman ke atas beberapa kontraktor bangunan serta pemilik dan tiga pengurus hotel selepas gempa bumi dahsyat melanda negara itu minggu lalu.

Pejabat Ketua Pendakwa Raya di Adıyaman dalam satu kenyataan memaklumkan seorang kontraktor direman selepas tujuh orang maut akibat runtuhan bangunan yang dibina lima tahun lalu. 

Waran tangkap dikeluarkan terhadap seorang lagi suspek yang didakwa subkontraktor bangunan yang sama, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan itu.

Pemilik dan tiga pengurus Hotel Isias di wilayah Adıyaman turut direman menyusuli kematian beberapa orang serta ahli pasukan bola tampar Turki Cyprus Utara (TRNC).

Sementara itu, di wilayah selatan Adana, seorang lagi suspek direman atas dakwaan membina bangunan yang tidak sempurna.

Angka korban akibat gempa bumi kuat yang melanda selatan Turki pada 6 Februari lalu kini sudah melepasi 45,000.

Lebih 13 juta orang terjejas akibat bencana itu.

Beberapa negara termasuk Syria dan Lubnan turut merasai gegaran kuat dalam tempoh kurang 10 jam.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan