Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih ramai kaum bukan Melayu rasakan hala tuju Malaysia betul

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Malaysia Madani menjadi tunjang dan garis panduan dalam mengemudi negara sebagai hala tuju Kerajaan Perpaduan.

Dalam memenuhi aspirasi Kerajaan demi kesejahteraan rakyat, setiap program dan agenda yang dilakukan perlu diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan agar ia benar-benar dirasai setiap anggota masyarakat.

Kaji Selidik Tinjauan Rakyat Malaysia 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Perpaduan menunjukkan, 45 peratus daripada lebih 35,000 responden mengatakan hala tuju semasa Malaysia adalah betul, menurut laporan Astro Awani.

30 peratus responden bagaimanapun mengatakan hala tuju salah, dan 25 peratus lagi tidak pasti.

Kaum bukan Melayu terus menaruh kepercayaan kepada Kerajaan Perpaduan, apabila masing-masing 76 peratus kaum Cina dan India mengatakan hala tuju Malaysia adalah betul.

Namun, hanya 13 peratus responden kaum Cina dan 7 peratus responden kaum India merasakan hala tuju negara salah.

Berbeza pula dengan kaum Melayu di Semenanjung apabila hampir separuh atau 43 peratus daripada responden bertegas, hala tuju Malaysia adalah salah, dan hanya 26 peratus mengatakan hala tuju negara itu betul.

Bumiputera Sabah dan Sarawak pula masing-masing merekodkan 59 peratus dan 60 peratus responden mengakui hala tuju Malaysia betul, lapor Astro Awani.

Begitu juga bagi lain-lain kaum dengan 58 peratus merasakan hala tuju Malaysia betul.

Tinjauan tersebut merupakan sentimen rakyat berhubung prestasi dan populariti pentadbiran Kerajaan Perpaduan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

 
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan