Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih banyak sekatan COVID-19 dilonggarkan di Sydney selepas kadar vaksinasi meningkat

Beribu-ribu kanak-kanak di Sydney kembali ke sekolah pada Isnin (18 Okt) setelah menjalani pembelajaran di rumah selama hampir empat bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak sekatan COVID-19 dilonggarkan di Sydney selepas kadar vaksinasi meningkat

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 Oct 2021 09:31AM Dikemas Kini : 18 Oct 2021 09:32AM

SYDNEY: Beribu-ribu kanak-kanak di Sydney kembali ke sekolah pada Isnin (18 Okt) setelah menjalani pembelajaran di rumah selama hampir empat bulan.

Ini setelah bandar terbesar di Australia itu melonggarkan lebih banyak sekatan selang seminggu selepas menarik balik perintah berkurung COVID-19 setelah kadar vaksinasi meningkat.

Kadar vaksinasi yang lebih pantas daripada yang dijangkakan di New South Wales menyebabkan sekatan dilonggarkan lebih awal daripada yang dijadualkan.

Kadar vaksinasi penduduk berusia 16 tahun ke atas mencecah 80 peratus pada hujung minggu lalu.

Pihak berkuasa sebelum ini berikrar akan melonggarkan sekatan apabila kadar itu mencecah 70 peratus, 80 peratus dan 90 peratus.

Pemakaian pelitup tidak diwajibkan dalam pejabat dan lebih ramai orang juga dibenarkan untuk berkumpul di dalam dan luar rumah. Ini sedang Sydney bersiap sedia untuk hidup bersama COVID-19 setelah sebahagian besar tahun ini bebas COVID-19 sehinggalah varian Delta menular pada pertengahan Jun lalu.

Jumlah kes harian di New South Wales terus mencatatkan penurunan pada Isnin setelah kes-kes merosot ke paras terendah dalam tempoh 10 minggu iaitu sebanyak 265, berbanding 1,599 pada awal September lalu.

Wilayah Victoria bagaimanapun melaporkan 1,903 kes COVID-19 berbanding 1,838 sehari sebelumnya. Pihak berkuasa daerah mendedahkan pada Ahad bahawa ibu kota Melbourne akan selesai menjalani perintah berkurung pada Jumaat setelah wilayah itu disasarkan mencapai kadar vaksinasi 70 peratus dalam masa beberapa hari.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan