Lebih banyak retak dikesan di apartmen Opal Tower Sydney
Lebih banyak bahagian retak dikesan di sebuah blok apartmen Sydney yang baru dibina, yang mengakibatkan para penduduk dipindahkan pada malam Krismas.
Lebih banyak bahagian retak dikesan di sebuah blok apartmen Sydney yang baru dibina. (Gambar: Saeed Khan/AFP)
SYDNEY: Lebih banyak bahagian retak dikesan di sebuah blok apartmen Sydney yang baru dibina, yang mengakibatkan para penduduk dipindahkan pada malam Krismas. Demikian menurut para jurutera pada Selasa (1 Jan), sedang para penduduk masih tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Pihak polis dan perkhidmat-perkhidmat kecemasan mengarahkan 300 orang untuk meninggalkan apartmen Opal Tower 38 tingkat di Sydney Olympic Park dan beberapa bangunan yang berdekatan pada 24 Dis setelah menerima aduan "bunyi rekahan kuat".
60 peratus unit disahkan selamat untuk pulang pada Hari Krismas, tetapi 51 yang lain disahkan "secara fisikal tidak selamat". Menurut pihak berkuasa, mereka mendapati rekahan adanya di tingkat 10.
Icon, pembina bangunan itu, pada Khamis menggesa para penduduk untuk meninggalkan bangunan itu sekali lagi bagi membenarkan firma kejuruteraan antarabangsa WSP dan pemilik majoritinya, syarikat binaan Jepun Kajima untuk "menjalankan siasatan menyeluruh dan memperbaiki bangunan itu".
Menurut ketua eksekutif WSP bagi Australia dan New Zealand, Guy Templeton, para jurutera sudah mengesan dua bahagian di tingkat empat yang "menunjukkan bukti adanya beberapa, tetapi kerosakan lebih kecil" berbanding di tingkat 10.
Pemerintah New South Wales sedang menjalankan siasatan terhadap keselamatan struktur bangunan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.