Lebih banyak pusat VEP disediakan di gedung beli-belah JB; 50 pemandu SG diberi amaran kerana gagal daftar
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Zamzahuri Abas/CNA)
JOHOR BAHRU: Hanya pemandu Singapura yang belum mendaftar untuk Permit Masuk Kenderaan (VEP) akan dikenakan notis amaran, kata Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke pada Khamis (3 Okt).
Mereka yang telah mendaftar dan menunggu tag pengenalan frekuensi radio (RFID) tidak akan dikenakan amaran.
Pemandu yang telah menerima amaran sedemikian boleh masuk semula Malaysia semasa fasa pelaksanaan VEP, kata Encik Loke.
Sejak 1 Okt, pihak berkuasa Malaysia telah memeriksa 678 kereta dan mengeluarkan 50 amaran dalam bentuk slip kertas kepada pemandu yang meninggalkan Malaysia ke Singapura, katanya.
Bagi kereta yang memasuki Johor Bahru, peringatan akan berkelipan pada skrin LED bersebelahan dengan pondok imigresen.
Encik Loke berkata demikian dalam sidang media di Kompleks Imigresen Bangunan Sultan Iskandar di mana beliau memerhatikan para pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan dasar VEP. Semua kenderaan berdaftar luar negara yang memasuki Malaysia melalui jalan darat dari Singapura dikehendaki menggunakan VEP mulai 1 Okt.
"Saya berharap pemilik kereta dan pemandu kereta warga Singapura yang akan datang ke Johor Bahru untuk memahami terlebih dahulu, pelaksanaan VEP di Malaysia telah diumumkan beberapa bulan lalu, tetapi kami mengambil pendekatan secara bertahap-tahap dari segi pelaksanaannya," kata Encik Loke.
“Bagi pemilik kereta yang telah membuat permohonan, mereka tidak perlu risau kerana pihak akan tahu sama ada mereka telah memohon atau tidak. Kami tidak akan mengeluarkan sebarang notis amaran kepada mereka. Kami tidak akan mengeluarkan sebarang peringatan kepada mereka.
"Notis amaran hanya akan dikeluarkan ke atas pemilik kereta yang masih belum berbuat apa-apa, masih belum mengemukakan sebarang permohonan," katanya.
Encik Loke bagaimanapun tidak pula menyatakan bila Malaysia akan mula menguatkuasakan sepenuhnya dasar itu.
"Apabila kami memulakan pelaksanaan fasa kedua kami, kami akan memberi anda tempoh notis yang mencukupi," katanya.
Kerajaan Malaysia sebelum ini menyatakan bahawa pemandu kenderaan yang gagal memasang VEP boleh didenda sehingga RM2,000 atau hukuman penjara sehingga enam bulan.
Encik Loke berkata setakat 30 Sep, Malaysia telah mengeluarkan 112,658 tag RFID kepada pemandu, dengan 75,412 sudahpun diaktifkan.
Tambahnya, Kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk membuka lebih banyak pusat VEP termasuk di pusat beli-belah Johor Bahru bagi memudahkan pemasangan tag VEP.
Tiga pusat VEP di Johor Bahru dan satu di Woodlands kebanyakannya dihujani dengan pelbagai pertanyaan daripada para pemandu dan permintaan untuk mendapatkan bantuan bagi pemasangan tag VEP.
VEP pertama kali diumumkan pada 2017 dengan tujuan untuk menangani sindiket curi kereta dan pengklonan, dan untuk menghalang kenderaan asing daripada meninggalkan negara itu tanpa membayar denda bagi kesalahan lalu lintas.
Penguatkuasaan penuh pada mulanya ditetapkan pada 2019 tetapi ditangguhkan beberapa kali.
Selepas Encik Loke mengumumkan pada Mei bahawa semua kenderaan berdaftar luar negara yang memasuki Malaysia melalui jalan darat dari Singapura akan diwajibkan menggunakan VEP mulai 1 Okt, ramai pemandu Singapura berpusu-pusu memohon permit dan berasa gelisah apabila mereka menghadapi masalah.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.