Lebih banyak oksigen diperlukan untuk selamatkan 7 orang terperangkap dalam gua di Laos
Anggaran Waktu Membaca:
Para penyelamat di dalam gua di wilayah Xaisomboun. (Gambar: AFP/Metta Tham Rescue Kalasin)
- Tujuh warga Laos terperangkap dalam gua di Xaisomboun ketika mencari emas selepas berlaku tanah runtuh akibat hujan lebat.
- Kumpulan sukarelawan dari Thailand dan Laos terlibat dalam operasi menyelamat sejak Ahad, dengan bantuan penyelam berpengalaman.
- Ketua sukarelawan Thailand menegaskan keperluan lebih banyak tangki oksigen dan stesen pengisian untuk melancarkan misi menyelamat.
- Laporan mengenai jumlah mangsa yang ditemui masih berbeza, namun sekurang-kurangnya lima orang telah dikesan selamat setakat ini.
LAOS: Ketua sebuah kumpulan sukarelawan dari Thailand yang membantu membawa keluar tujuh penyelam yang terperangkap di dalam sebuah gua di Laos menyatakan pada Khamis (28 Mei) bahawa lebih banyak tangki oksigen diperlukan untuk menyelesaikan misi menyelamat tersebut.
Tujuh warga Laos memasuki gua yang terletak di wilayah Xaisomboun, di bahagian tengah Laos, pada minggu lalu untuk mencari emas, namun kejadian tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat menyekat jalan keluar mereka, menurut sebuah kumpulan sukarelawan tempatan dan media pemerintah, Lao Phattha News.
Setakat ini, sekurang-kurangnya lima orang ditemui terselamat, namun belum ada seorang pun daripada mereka yang berjaya dibawa keluar dari ruang-ruang dalam gua tersebut.
"Kami perlu mendapatkan seberapa banyak mungkin tangki oksigen dan menyediakan sebuah stesen pengisian oksigen di hadapan gua," tulis Kengkard Bongkawong di media sosial.
Kumpulan sukarelawan memberikan laporan yang berbeza-beza mengenai jumlah penyelam terperangkap yang berjaya dikesan.

Kumpulan sukarelawan dari Thailand menyatakan pada Rabu (27 Mei) bahawa lima orang sudah ditemui, manakala pertubuhan Sukarelawan Penyelamat untuk Rakyat Laos pula menyatakan kesemua tujuh mangsa sudah ditemui dan berada dalam keadaan selamat.
Laporan-laporan berkenaan tidak dapat disahkan dengan segera buat masa ini.
Sukarelawan Thailand menyertai operasi menyelamat tersebut pada Ahad, termasuk seorang penyelam yang pernah terlibat dalam misi menyelamat 12 kanak-kanak lelaki dan jurulatih bola sepak daripada sebuah gua yang dilanda banjir di utara Thailand pada 2018.
Operasi pada tahun 2018 itu menarik perhatian dunia dan melibatkan penyelam dari Britain serta negara-negara lain, anggota tentera Amerika Syarikat, dan pelbagai sokongan antarabangsa.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.