Lebih banyak khidmat disediakan bagi jemaah warga emas di Masjidil Haram
Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal Agama di Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi menawarkan pelbagai khidmat untuk memastikan keadaan yang selamat, selesa dan mudah diakses bagi warga emas.
Ia bertujuan untuk memudahkan golongan tersebut menunaikan ibadah mereka dengan selesa, lapor Saudi Gazette.
Khidmat tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen pihak berkuasa yang lebih luas, untuk menawarkan penjagaan menyeluruh, serta memudahkan pergerakan warga emas di Masjidil Haram.
Salah satu inisiatif adalah khidmat kenderaan elektrik ulang alik, yang disediakan di kawasan timur Masjidil Haram, untuk membawa war emas dari Jambatan Gaza ke tingkat bawah tanah Al-Salam. Khidmat itu membantu jemaah warga emas bergerak di kawasan masjid yang luas.
Tambahan pula, pihak berkuasa juga meyediakan kenderaan elektrik besar untuk membantu jemaah warga emas melaksanakan ibadah saa'i.
Kenderaan tersebut ditempatkan di beberapa kawasan, termasuk di lif Tangga Al-Marwah, lif dan tangga Al-Arqam, serta Tangga Al-Qarara.
Khidmat tersebut bagi jemaah yang ingin melaksanakan saa'i kini disediakan di aras dua, di mana kakitangan masjid akan memastikan pergerakan jemaah terhaga.
Selain itu, Masjidi Haram menyediakan bilik solat khas buat warga emas dan golongan kurang upaya. Bilik-bilik tersebut berada di kawasan Raja Fahd yang diluaskan, di aras pertama, berdekatan Pintu Masuk 91 dan 64.
Menurut laporan Saudi Gazette, Pintu Masuk 68 dan 90, dipasang tanjakan dan papan tanda untuk memudahkan jemaah warga emas yang menggunakan kenderaan elektrik.
Jambatan dan lif, seperti jembatan Ajyad, Al-Shobaika, Al-Arqam, dan Al-Marwah, serta lif Al-Arqam dan Tingkat Bawah Al-Salam, disediakan untuk memudahkan pergerakan kenderaan di Masjidil Haram.
Langkah-langkah tersebut secara keseluruhan menyumbang untuk menjadikan persekitaran lebih mesra, dan memastikan jemaah warga emas boleh menunaikan ibadah tanpa berdepan sebarang kesukaran.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.