Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih banyak hujan lebat diramal di timur Australia yang dilanda banjir

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak hujan lebat diramal di timur Australia yang dilanda banjir

(Gambar: Muhammad FAROOQ / AFP)

Diterbitkan : 07 Oct 2022 12:00PM Dikemas Kini : 07 Oct 2022 12:00PM
SYDNEY: Dua wilayah yang padat penduduk di Australia sedang bersiap sedia menghadapi hujan lebat pada hujung minggu ini, dengan pihak berkuasa pada Jumaat (7 Okt) menggesa penduduk di kawasan yang mudah banjir mengelak daripada melakukan perjalanan yang tidak penting.

Mulai lewat Jumaat, hujan lebat diramal melanda timur New South Wales (NSW) dan utara Victoria yang berkemungkinan menyebabkan banjir, lapor Reuters menukil amaran terbaru daripada Biro Meteorologi Australia.

Beberapa kawasan dijangka menerima sehingga 100 milimeter (mm) hujan, kira-kira 25 peratus daripada purata hujan tahunan Australia.

Banyak kawasan luar bandar di NSW sudahpun dilanda banjir dengan siaran televisyen menunjukkan penduduk mengangkut ternakan mereka menggunakan bot. Beg-beg pasir juga diagihkan untuk bantu melindungi harta benda, menurut kakitangan kecemasan, lapor Reuters.

Cuaca buruk itu juga berkemungkinan menjejas beberapa kawasan Queensland dan Tasmania sebelum ia reda pada Isnin (10 Okt).
"Tolong jangan ambil risiko. Kami tahu air banjir boleh naik dengan cepat. Paras air sungai akan naik dengan pantas... jika banjir, jauhkan diri dari kawasan itu," kata Timbalan Ketua Menteri NSW, Paul Toole kepada wartawan.

Gunnedah, sebuah bandar lkira-kira 400 kilometer (km) barat laut Sydney, mungkin dilanda banjir besar ketiga dalam tempoh sebulan, lapor Reuters.

Wilayah pantai timur Australia berulang kali dilanda banjir tahun ini. Pada Mac, paras air yang semakin meningkat memaksa puluhan ribu orang dipindahkan dan sekurang-kurangnya 13 maut.
Sumber : Agensi berita/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa